Monday 27 August 2012

We do provide CANDY BUFFET !

Wahhh...tersangat jeles melihat CANDY BUFFET..
Rasanya sume orang pun akan geram kan..
Lollipops, Cupcakes, Coklat, Jelly..
Nak jer grab sume..
Dengan design dan tema color..
Sesapa yang tengok mesti tertarik kan..

Disebabkan tersangat suka dengan benda comel dan kreatif..
Kami juga menyediakan CANDY BUFFET !!!
Yang pastinya anda pasti akan sukakannya..

CANDY BUFFET kami sangat sesuai dengan apa-apa saja majlis..
Majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis aqiqah
dan pelbagai majlis lagi..

So..
Why not kita layan sket pic CANDY BUFFET..





Inilah CANDY BUFFET.. Best tak??
Rasa geram tak??
Owwhh..Kids gonna love it!!

Semestinya kami akan menyediakan CANDY BUFFET mengikut tema dan citarasa anda.
Garden theme? English theme? Lace theme? Smurf theme?


Kami juga menyediakan pakej-pakej CANDY BUFFET dengan harga yang berpatutan mengikut budget anda..
Bukan tu sahaja..
Kami juga ada MINI CANDY BUFFET !!
Sangat sesuai untuk majlis yang sederhana..
Contohnya majlis pertunangan..


Of Course..Customer's Satisfaction Is Our Priority!!
We Will Try Our Best.





Sunday 5 August 2012

Resepi Kek Red Velvet




Dalam first entry ni, saje jer nak post resepi Kek Red Velvet yang menjadi kegilaan semua orang sekarang nih. Dengan kelembutan dan warna merah yang mengancam nih, of course takde sesape pun mampu menolak kan..hihi. Why not, raya nih kite masukkan Kek Red Velvet ni sebagai salah satu menu atau juadah tetamu untuk hari raya yang akan datang ni kan. 

So, bagi sesiapa yang baru nak mencuba.
Gud luck hokkehhh..
Hope all the instruction really help all of you!! 
Tak sabar nak tau feedback dari yang mencuba..
Yummy..




Bahan-bahan untuk Kek Red Velvet :

2 1/2 cawan tepung sebaguna
1 cawan gula perang
1 cawan gula pasir
2 tsp serbuk koko
1 tsp garam
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder
2 biji telur, suhu bilik
1 1/2 cawan minyak
1 cawan buttermilk, suhu bilik
2 tsp perasa vanilla
1 tbsp pewarna merah

Kalau tiada buttermilk, kita boleh buat homemade buttermilk

1.  Ambil 240ml susu segar pada suhu bilik
2.  Tambahkan 1 sudu besar cuka atau lemon juice ke dalam susu segar
3.  Biarkan selama 5-10 minit. Kemudian, masukkan ke dalam adunan Kek Red Velvet

Bahan-bahan untuk Cream Cheese Frosting :

227gm Cream Cheese, suhu bilik
1/2 cawan butter, suhu bilik
1 tsp perasa vanilla
4 cawan gula icing
2 tbsp whip cream




Cara-cara membuat Kek Red Velvet

1.   Menyediakan bahan-bahan kering.

Masukkan tepung, gula perang, gula pasir, garam, baking soda, baking powder dan serbuk koko ke dalam mangkuk yang bersih dan kering. Gunakan pemukul adunan untuk mengelakkan adunan dari berketul-ketul atau bergumpal. Kacau semua bahan sehingga sebati.



2. Memukul adunan

Mula-mula, masukkan telur ke dalam mixer elektrik dan perlahan-lahan masukkan minyak ke dalam adunan telur tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan perasa vanilla, cuka dan pewarna merah. Apabila semua bahan telah sebati, perlahan-lahan masukkan bahan-bahan kering seperti di dalam No.1. Apabila adunan sudah pekat, teruskan memukul pada kelajuan sederhana. Masukkan buttermilk kedalam mixer sedikit demi sedikit. Ratakan bahan-bahan di tepi mangkuk mixer dan teruskan sehingga semua bahan sebati.



3. Bakar

Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam loyang kek atau loyang untuk membuat cupcakes dan bakar pada suhu oven 180°C : 20-25 minit untuk cupcakes ; 35-40 minit untuk kek. Kemudian, biarkan kek/cupcakes sejuk sepenuhnya sebelum meletakkan Cream Cheese Frosting.



4. Menyediakan Cream Cheese Frosting.

Sementara menunggu kek/cupcakes sejuk, kita buat Cream Cheese Frosting. Mula-mula, masukkan cream cheese dan butter ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang. Kemudian, masukkan gula icing sedikit demi sedikit ke dalam mixer dan gaul sebati. Masukkan perasa vanilla dan whip cream. Teruskan masukkan gula icing sehingga frosting berkilat dan kental.



5.  Frost. 

Terpulang pada anda. Sama ada just nak letak sebagai topping sahaja ataupun  letak layer by layer. Enjoy your cake!


Note : Pewarna merah boleh mengotorkan tangan, baju dan mulut, so berhati-hati semasa makan Kek Red Velvet yang sedap nih ok..

Thank You!